About Me

My photo
NO ONE LIKE ME (Be yourself!)

Sunday, August 22, 2010

Siapakah perempuan Itu?

Siapakah Perempuan Itu?

by admin on 23/08/2010

Share27

INI cerita pengalaman seorang sahabat. Ia berlaku lama dahulu ketika dia masih menuntut di sebuah pusat pengajian tinggi terkemuka di Selangor.

Setiap kali tiba Ramadan dan berkumpul untuk berbuka bersama, pasti cerita ini akan meniti di bibir rakan-rakan yang pernah tinggal sebilik dengannya.

Entahkan ujian atau gurauan alam, dua kali Ramadan di kampus tersebut, dia mengalami perkara yang sama.

Sahabat ini, biar dinamakan Aida sahaja, memang gemar mengaji al-Quran. Ada waktu terluang, pasti kitab suci itu yang akan menjadi temannya.

Menjadi amalan rutin selepas bersolat tarawih di masjid berhampiran, Aida akan meluangkan masa kira-kira sejam untuk membaca al-Quran.

Suatu malam, seperti biasa, Aida duduk di satu sudut di dalam masjid.

Sudah bertahun, semenjak semester pertama lagi, tempat itu menjadi kegemarannya.

Jauh daripada laluan orang ramai dan agak sunyi untuknya menghayati ayat-ayat suci tersebut tanpa gangguan.

Setelah beberapa minit membaca, Aida perasan ada seseorang yang duduk di belakangnya.

Dia sendiri tidak sedar sudah berapa lama wanita berbaju putih itu duduk betul-betul di belakangnya.

Tanpa mempedulikan wanita yang memakai tudung seperti wanita Arab itu, Aida meneruskan bacaan.

Apa yang pasti, wanita itu hanya menunduk setiap kali Aida mengerling ke arahnya.

Cuma, cerita Aida, dia terasa pelik kerana wanita itu mengikut bacaannya dalam nada perlahan namun masih jelas di telinga Aida.

Dibiarkan saja wanita itu begitu. Lagipun, getus hati Aida, suaranya cukup merdu. Tapi apabila ada bacaan Aida yang tidak kena, wanita itu akan menegur.

Imbas Aida, wanita itu akan membaca semula ayat yang salah tadi dan membetulkannya tetapi dalam nada tegas.

Meskipun hairan, Aida mengikut sahaja bacaan seperti yang dibetulkan oleh wanita itu.

Aida sendiri langsung tidak terasa hendak menoleh ke belakang lagi.

Setelah hampir satu jam lebih dan bacaan juzuk itu berakhir, Aida menutup al-Quran dan berpaling untuk berterima kasih pada wanita itu.

Alangkah terkejutnya dia kerana tiada sesiapa pun di belakangnya. Apa yang tinggal hanya bauan wangi di tempat duduk wanita itu.

Setahun berlalu dan Ramadan kembali. Aida masih dengan rutinnya membaca al-Quran sementelah tahun tersebut, dia mengambil beberapa subjek berkaitan pengajian dan tafsir al-Quran.

Hinggalah satu malam, dia seolah-olah dikejutkan untuk bangun bersolat malam dan bertahajud.

Mula-mula Aida menganggap ada rakan sebilik yang menarik ibu jari kaki kanan atau berbisik di telinganya agar dia bangun pada pukul 3.30 pagi.

Anggapannya meleset kerana apabila ditanya, tiada seorang pun rakan yang mengaku mengejutkan Aida.

Sejak itu, dia merupakan orang yang paling awal bangun sama ada untuk bersahur atau solat Subuh.

Ujar Aida, mahu memikirkan hantu, ia hanya berlaku pada bulan Ramadan, yang lazimnya hantu, iblis dan syaitan didakwa dibelenggu pada bulan mulia itu.

Bagi menyedapkan hati, Aida menganggap wanita yang mengaji bersamanya itu adalah jin Islam yang sama-sama mahu menghayati kalam suci itu.

Kali terakhir penulis berjumpa Aida, dia masih ditemani wanita tersebut pada waktu tertentu sepanjang bulan Ramadan.

Oleh SHANIKA ABDULLATIB | Kosmo Online

Share27

{ 8 comments… read them below or add one }

1 x-po 23/08/2010 at 5:31 AM

kadang-kadang sekali imbas, cam seram gak kan huhu
x-po´s last blog ..PATUTKAH KITA BELASAH ORANG JAHAT UNTUK DIJADIKAN PENGAJARANMy ComLuv Profile

2 Mr Fathi 23/08/2010 at 5:35 AM

ustaz aku dulu penah blajar kat al-azhar…dia tgh solat isyak.sorang2 je…tapi bila dia dh abes al-fatihah,ada ‘suara’ yg mengaminkan kat blakang.padahal takde org kat pun blakang…huhh?anggaplah jin Islam yg mengaminkan

Selingan:perkara2 ghaib wajib kita percaya
Mr Fathi´s last blog ..Siapa mau babycall aku sekarang!!!My ComLuv Profile

3 fitrie 23/08/2010 at 5:37 AM

nice.. :)

4 Rara 23/08/2010 at 5:37 AM

kalau terjadi dekat diri sendiri, takut kot T_________T seram lah jugak kan..

5 Ed zahid tukangambar 23/08/2010 at 5:40 AM

Subhanallah..
Ed zahid tukangambar´s last blog ..Tutorial- Masukkan Impak Zoom dalam gambarMy ComLuv Profile

6 KiN 23/08/2010 at 6:49 AM

munkin ‘wanita’ itu berniat baik. tp disbb berlainan alam. seram jgak dibuatnya

7 Nur Najaa^^ 23/08/2010 at 8:35 AM

kuasa Allah, tiada siapa dapat menduga.
terasa macam seram tapi bila difikirkan balik. . .ohhhhh…paham2. :)
hee. :)
Nur Najaa^^´s last blog ..Surat BerantaiMy ComLuv Profile

8 gegeh 23/08/2010 at 8:41 AM

Bab kena kejut tido aku penah alami sendiri.. tpi senyum jer..aku tdo bilik sorg, kunci plak bilik tu.. mmg aku anggap dia tu nk kejut aku la.. dia bisik kt telinga panggil nama..xde rs seram.. jst rs terima kasih sbb tlg bgn subuh… psl bacaan al-Quran adik aku mmg ade alami mcm tu..actuallly dia tu puteri bunian..setiap kali adik aku rs gelisah putri tu akan mai.. just sebagai kawan di kala susah. Putri bunian tu baca Quran mmg sedap suara

No comments:

Post a Comment