About Me

My photo
NO ONE LIKE ME (Be yourself!)

Wednesday, August 4, 2010

9 Jenis anak syaitan

Memang telah jelas, terang dan nyata bahawa syaitan adalah musuh umat manusia yang mesti diperangi setiap saat dan detik kerana ia tidak nampak dengan mata kasar saat dan detik kerana ia tidak nampak dengan mata kasar saat menyerang dan menghasut kita. Oleh itu, ilmu yang disertakan dengan amal amat penting bagi menapis kejahatan dan hasutan tersebut.

9 jenis anak syaitan dan tugas masing-masing:

1. ZAITUUN

Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat berjimat-cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. WATHIIN

Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'AWAN

Menghasut sultan/raja /pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. HAFFAF

Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat. Contoh: Disko, kelab malam dan tempat yang menyediakan minuman keras.

5. MURRAH

Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan, glamour etc...

6. MASUUD

Duduk di pinggir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang bermula daripada lidah.

7. DAASIM

Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika hendak masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai lagi bentuk kemusnahan rumahtangga).

8. WALAHAAN

Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat, serta menjejaskan ibadah-ibadah kita yang lain.

9. LAKHUUS

Merupakan sahabat orang majusi yang suka menyembah api/matahari.

(Sumber: Rakan-rakan FaceBook)

No comments:

Post a Comment