About Me

My photo
NO ONE LIKE ME (Be yourself!)

Friday, August 6, 2010

Propaganda Barat (No copy and paste)

Propaganda Barat
telah lama terlaksana
dan umat Islam kini
bangga menjadi tunggangan
kerana pengsan.
Mereka bencikan Islam
tetapi senjata zahir bukanlah jawapan
ribut sosialisme itulah pakatan
dalam diam melanda
ketika semuanya khayal.
Mereka mencipta pelbagai kemusnahan
daripada fashionisme hinggalah idealisme
agar Islam diam-diam terpesona
tanpa sedar hanya eksploitasi.
Mereka bersorak
agenda terakhir berjalan lancar
tanpa sekatan.
Kini perhatilah
wajah-wajah kita dicelup kepalsuan
tetapi masih terus-terusan berbangga
kerana tidak pernah terlibat
dalam sessi komplot
yang sulit dan strategi!
Kini siapakah kita
disimbah identiti
madu beracun.
Mereka berkata
bobrokkan identiti Islam
(kerana mereka buta istilah AKIDAH).
Kita bersorak
ladeni paradigma mereka
kerana mereka kononnya
ranggi dan terkehadapan!

No comments:

Post a Comment