About Me

My photo
NO ONE LIKE ME (Be yourself!)

Tuesday, August 10, 2010

Malam terus hidup tanpa restu (No Copy & Paste)

Maruahmu bersemayam
di celahan tumit dan langkah
dan gugur satu persatu
ketika langkah sumbang kau hayunkan*
lantas meninggalkan
jejak-jejak hitam dan menjijikkan.

Hairannya...
kau tahu
bahkan sering menoleh kota tinggalanmu
namun kaki terus melangkah
seolah senang
dan merestui.

semalam mahupun hari ini
tiada bezanya
tidak perlu bertanya
bakal apa terjadi esok
kerana kau tahu jawapannya
prinsipmu hanya untuk hari ini
dan esok menjadi lain
setelah mimpimu bersepai di hujung mentari
lantas hidup kembali
tatkala sang rembulan
mengembangkan sayap galaknya.

Dan malam pun terus hidup tanpa restu...


Ranau
20 Ogos 2002

No comments:

Post a Comment