About Me

My photo
NO ONE LIKE ME (Be yourself!)

Tuesday, August 3, 2010

Beruzlah (no copy & paste)

Beruzlah...
tidak bermaksud lari
dari tema duniawi
aku hanya ingin
meraut ilham
mencatur imaginasi
menjalin kronologi
menganyam interpretasi
menyulam plot-plot terindah
berinspirasi qalbu nan tenang.

Beruzlah...
bukan bererti lari
dari watak-watak sampingan
hanya saja ingin menghiasi
pentas-pentas persinggahan
berlatarbelakang kesantunan gaya bahasa
berdiksi dan bersintaksis
dari sudut pandanganku yang tersendiri.

Beruzlah...
aku hanya mampu menitip monolog
bukan tidak sudi
berkongsi dialog
cuma saja aku mahu bebas
mengatur episod nawaituku tersendiri
tanpa tersasar dari landasan akidah
babak demi babak
meski prolognya mengharukan
bukan bererti bakal mengakhiri
dengan epilog duka menghiris qalbu.

Beruzlah...
tidak kerana konflik kehidupan
yang memaksa untuk nafsi-nafsi
aku hanya tidak ingin membazir
menempel cerita menambah perenggan
aku jua enggan dianggap picisan
dari pembaca yang gemar menilai.

Beruzlah...
tenggelam di dasar lautan fikir
percaya dengan qada' dan qadar
pada klimaks epik kehidupan ini
hanya Dia yang maha ALIM.

Beruzlah...
menguji ketabahan
agar minda kembali bercahaya.

Beruzlah...
menyubur kembali
jiwa yang layu lesu
usah hanya asyik mencecer
menconteng aksara-aksara
pada cerita cinta dunia
bimbang kelak akan banyak yang tercicir.

Beruzlah...
mengutip semula kekurangan
menyemak di mana terselit kesilapan
menyunting langgam yang menempel
mengimbas semula tirai flashback masa silam
untuk dapat ku persembahkan
sekali lagi dengan nafas yang sabar
semoga di sana kelak
EDITORnya tidak merungut....:)

(NO COPY AND PASTE! Hakcipta terpelihara)

No comments:

Post a Comment