About Me

My photo
NO ONE LIKE ME (Be yourself!)

Saturday, February 23, 2013

Bersama

Daku mendamba
kita ditata rias satu rupa
sebuku roti berbagi dua
walau seribu mulut pastikan semua ada
secubit seorang kita
sebulat bumi sebulat suara
jangan ada setinta iri menoda prasasti atma
hormati daku hormati kamu hormati mereka
rantingmu rantingku di dahan berbeza
tetap punya mimpi serupa
mahu merimbun ukhwah di pohon citra
ini bukan pasar sengketa
medan hasad saling berebut kuasa
bak budak hingusan berebut bola
jangan diturut hasutan sang pendurjana
dahaga darah sesama insania
buanglah pisau kesumat kita
kerana nyawa bukan mainan semata
kita punya akal waras belaka
namun mengapa masih mengubahlara
resam estetika
di sini masih ada ruang dan masa
untuk kita bersatu dan saling bercinta!


11022013
Taman Kinabalu

No comments:

Post a Comment